Lama tak update blog ni...hari ini kita cerita tentang kulit cantik...siapa tak nak kulit yang cantik kan...bukan wanita je tau,,,lelaki sekarang pun dah bijak menjaga kulit mereka..kalau tak caye...tengok saje di shopping complex ada berapa banyak produk kulit untuk lelaki...iklan di media elektronik pun banyak bercerita tentang penjagaan kulit
So.. Dana nak kongsi 5 rahsia penting mendapatkan kulit yang cantik...Dana dapat artikel ni daripada majalah Nona...Harap dapat membantu la bagi mereka yang ada masalah kulit tak berapa nak cantik :) Apa yang penting adalah menjaganya dari dalam agar terserlah kecantikan sejati yang semulajadi.
1. TIDAK MEROKOK
Bahan kimia yang disedut daripada rokok akan mengecilkan pembuluh darah dalam badan, mengurangkan kandungan oksigen dan juga nutrisi yang dibekalkan untuk melembabkan tisu dalam badan. Pengecutan kapilari darah akan bertahan selama sejam sebaik sahaja rokok disedut secara terus ke dalam paru-paru. Rokok juga membuatkan seseorang itu nampak lebih tua daripada umur sebenar. Sebaik-baiknya elakkan diri anda daripada terhidu asap rokok kerana ia bukan saja merosakkan kulit tetapi anda terdedah dua kali ganda risiko untuk mendapat penyakit berbanding dengan mereka yang merokok.
2. REMAJA DARI DALAM
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong setiap hari, makan pemakanan yang seimbang dan lebihkan buah-buahan. Buahbuahan dan sayuran mengandungi antioksidan yang diperlukan kulit dan kaya vitamin seperti teh hijau, soya, vitamin A, B, C, dan E yang sangat baik untuk kesihatan dan ketegangan kulit supaya kelihatan muda.
3. PENGELUPASAN KULIT
Pengelupasan kulit merupakan satu cara yang terbaik untuk proses peremajaan kulit. Namun, para pakar dermatologi memberi peringatan pengelupasan melampau akan menyebabkan kulit menjadi kering, iritasi dan kemerahan serta terdedah kepada bahaya ultraungu. Sebaik-baiknya jangan menggunakan rawatan pengelupasan atau melakukan skrub dengan terlalu kerap lebih daripada dua kali seminggu.
4. PELEMBAP ANTIOKSIDAN
Waktu tidur merupakan waktu terbaik untuk mengembalikan semula kelembapan kulit dengan pelembab yang mengandungi antioksidan dan vitamin yang tinggi. Kajian menunjukkan bahawa kulit berada pada keadaan yang terbaik pada waktu malam untuk menyerap kandungan aktif yang terdapat pada produk penjagaan kulit.
5. BERSENAM
Senaman adalah aktiviti paling disarankan oleh pakar penjagaan kulit jika anda menginginkan tubuh yang sihat dan sentiasa bertenaga. Senaman secara rutin juga membantu melancarkan peredaran darah dan kulit kelihatan lebih tegang dan muda. Setengah jam bersenam ringan tiga kali seminggu sudah memadai sebagai permulaan senaman.
Perpeluhan menggalakkan rembesan bahan toksik dari badan, pernafasan teratur juga mampu merehatkan ketegangan saraf dan motor otot-otot dalam badan. Senaman memberi oksigen yang cukup kepada jantung, paru-paru dan juga kulit.
Kalau nak dikira...boleh kah kita makan semua buah dan sayuran untuk memenuhi keperluan badan??...cara paling mudah , berkesan dan selamat ialah dapatkan set cadangan Shaklee ni yang memang diperakui keberkesanannya...
Ramai yang dah mencuba...harga yang sangat berbaloi untuk hasil yang terbukti memberikan kulit yang cantik dan halus
Pengedar Anda Yang Sah
Hadana (SID 1093893)
019-3539010
No comments:
Post a Comment