Saturday, June 14, 2014

Horse Riding @ Taman Tasik Titiwangsa

Assalamualaikum....

Harini nak bercerita tentang aktiviti berkuda di Taman Tasik Titiwangsa. Sebenarnya, sudah menjadi kebiasaan bagi kami sekeluarga berriadhah setiap hujung minggu. Adam dan Harith akan berbasikal di sekitar tasik sambil Mama dan Abah jogging. 

Kebetulan teringat ada satu tempat berkuda di sini. Terus Mama ajak abah bawa Adam dan Harith datang sini. Nama sebenar tempat ni ialah Unit Rekreasi Berkuda Taman Tasik Titiwangsa.

Sedikit info berkaitan unit berkuda DBKL ni....

Menyedari terapi berkuda mampu membantu golongan Orang Kurang Upaya 
(OKU) mengaktifkan tubuh, fikiran dan merangsang semangat mereka, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil inisiatif membuka Pusat Menunggang Kuda untuk golongan itu.


    


Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata pusat yang terletak di Unit Rekreasi Berkuda Tasik Titiwangsa itu dijayakan dengan kerjasama Persatuan Menunggang Bagi Orang Kurang Upaya Malaysia (RDA) sekali gus menjadikan ia pusat kesembilan seumpanya, di negara ini.



Jom tengok apa yang ada di sini..

  • Menunggang Kuda 
Dewasa : RM1.50 /1 pusingan
Kanak-kanak : RM1.00 /1 pusingan







Seronok Adam dan Harith dapat menunggang kuda...walaupun sekejap. Kalau nak naik lagi bayar je la kan hehehheheeh

  • Menaiki Kereta Kuda
Dewasa : RM1.00 /1 pusingan
Kanak-kanak : RM0.50/1 pusingan




Kita boleh menaiki kereta kuda dan dibawa mengelilingi kawasan unit rekreasi tersebut. tempohnya lebih kurang 5 minit je la...tapi berbaloi la dengan kadar yang dikenakan.










No comments:

Post a Comment