Saturday, July 19, 2014

Begedil Sayur

Assalamualaikum...

Pejam celik...Pejam celik...dh hari ke 21 kita berpuasa...cepat betul masa berlalu...Apa menu berbuka puasa hari ini ye...

Hajat nak buat soto ayam...kuah dh siap...terlupa pulak begedil belum sedia lagi...apalagi terus search cari resepi begedil sayur...kalau buat ayam...kan dh banyak ayam..mual pulak kan..Harap Adam n Harith suka la begedil sayur ni.

Ahhaaa...sesuai sangat kalau ada anak yang xsuka sayuran. So bila makan begedil sayuran ni dapat la juga khasiat tu kan...jom tinjau resepi dan cara buatnya...sangat senang...

Bahan-bahannya 

6 bj kentang saiz sederhana (dikupas kulitnya,dipotong )

2 biji telur (utk mencelup bagedil)

1/2 cawan bawang goreng

secukup daun sup/daun bawang (dihiris)

2 sudu teh serbuk lada putih

garam secukup rasa

secukup minyak utk menggoreng bagedil

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng kentang yang telah dipotong bulat dan angkat setelah kentang masak. Toskan. Kemudian tumbuk sehingga lumat.

2. Masukkan daging cincang, serbuk lada putih, daun sup/bawang, bawang goreng, gula & garam. Gaul hingga rata dan sebati. Bentukkan bulat-bulat dan celupkan dgn telur sebelum digoreng dalam minyak panas.

Selamat mencuba

Friday, July 18, 2014

KESAN ROKOK KEPADA PEROKO DAN RISIKO KEPADA ORANG SEKELILING

Assalamualaikum...

Hari ni mama teruja nk bercerita tentang rokok...betapa bahayanya rokok ni kepada orang sekeliling...terutamanya mereka yang tersayang :: ISTERI & ANAK-ANAK YANG TIDAK BERDOSA.



TAHUKAH KITA...
Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima

Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas. 

Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan. 

Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya. 

Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing. 

Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.

Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :

- Melahirkan bayi yang kurang berat badan 

- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan 
- Lebih terdedah kepada kanser 
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal 

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
- Lebih mudah mendapat lelah 
- Mendapat jangkitan paru-paru 
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu 
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak

Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok
Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.

Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

Faedah Berhenti Merokok
- Hidup lebih lama 
- Dapat menghindari racun 
- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok 
- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak 
- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat 
- Meningkatkan deria rasa dan bau 
- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.

Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok
- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok 
- Yakinkan diri 
- Buat nota peringatan 
- Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok" 
- Tumpukan pada hari ini 
- Sentiasa berfikiran positif 
- Dapatkan sokongan 
- Lawan keinginan untuk merokok 
- Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai
- Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok

Mungkin ada yang kata susahnya nak ikut kesemua tips di atas...ada satu lagi cara mudah Untuk berhenti merokok....

Ini dia tonik yang memang berkesan Untuk menghentikan tabiat merokok ni..tanya dengan satu sudu kecil sekali setiap pagi..boleh membuatkn anda tersenyum bahagia...

Berminat???

Boleh call atau whatsapp terus...jangan tunggu lama2...

Nurhadana Abu Seman
019.353.9010


Sumber
- Pusat Racun Negara, USM Official Website
- Kementerian Kesihatan Malaysia Official Website
- Institut Kefahaman Islam Malaysia Official Website – IKIM Dalam Media – Berita Harian
- Sabahan.net

Thursday, July 10, 2014

Tepung Pelita Moden

Assalamualaikum...




Tepung Pelita...ada ke yang tak tau rupa kueh tradisional ni...wah..memang feberet Adam ngan Harith ni..sekali makan mesti 3-4 Bekas

Sebenarnya...mkngah Shima yang mula- mula share...Tengok cantik Nye dia buat...asyik beli je baik try buat skali kn..

Ha..bila dh try...jadi pulak tu...mmg dok buat yg ni je la...senang..cepat...Sedap pulak tu hehehhee

Ada orang suka manis-manis. Tapi Mama macam biasa la..kedekut gula hehehhee...bukan apa..kalau makan yang manis nanti tak boleh makan banyak-banyak..betul x...

Ok..jom kita Tengok macamana cara nak buat tepung pelita ni

Lapisan Bawah::

1cwn tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1cwn gula
7 cawan air daun pandan

Kacau rata.pastu letak atas api.kacau sampai masak.tuang dlm bekas

Lapisan atas::

3/4 cwn tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1sudu teh garam
7 cawan air (campur dengan satu kotak santan)

Kacau rata.pastu letak atas api.kacau sampai masak.tuang dlm Bekas yg ada kaler hijau td.

Dah siap...senang je kan...moden sebab saya letak dalam Bekas kecik2....xde Nye rajin nak letak dalam Bekas dauna

Sunday, July 6, 2014

AWAS JIKA ANDA SERING MEMUKUL ANAK !!



Degil ke anak saya yang baru 1 tahun 6 bulan yang tidak mahu mendengar kata bila dilarang? Orang keliling mengatakan dia degil. Dia juga suka merampas mainan kanak-kanak lain. Ibu kata tidak boleh garang dan marah anak. Namun, jika tidak marah, dia menjadi-jadi perangainya. Bolehkah dia dihukum dan bagaimana?

Anak baru satu tahun 6 bulan. Usia ini masih kecil dan yang paling ketara pada usia ini ialah anak-anak kecil dijadikan oleh Allah kuat ego centric. Maksudnya bukan dia ego, tetapi dia lebih fokus kepada dirinya. Mekanisma ini ada pada setiap manusia pada usia ini. Inilah cara Allah memastikan kemandirian manusia di dunia ini.

Anak-anak pada usia ini hanya memikirkan dirinya kerana pada usia ini bahagian lapisan kedua daripada bahagian ketiga lapisan otak - triune belum begitu berkembang.
Otak ada tiga lapis. Bahagian paling bawah mengawal keselamatan, berkembang pada masa lahir hingga 3 tahun. Pada usia ini anak-anak hanya memberi respons kepada stimulus, ransangan dan belum boleh berfikir.

Pada usia 3 tahun barulah lapisan kedua atau otak tengah anak berkembang. Bahagian otak ini menjaga emosi dan kesihatan. Pada ketika ini barulah anak-anak memikirkan orang lain dan sedar lebih mengenai kewujudan orang lain. Pada masa ini juga barulah EQ anak mula berkembang dan dia mula faham untuk bertolak ansur.

Anda akan lihat anak yang merasakan dia dijaga dengan baik dan berasa selamat, bahagian otak tengah ini mungkin sudah mula berkembang pada usia lebih awal. Maka anda melihat situasi anak-anak itu baru menjangkau 2 tahun, tapi sudah boleh memikirkan perasaan orang lain. 
Pucuk pangkalnya, bila anak itu rasa selamat, perkembangannya cepat.

Pada usia 4 tahun keatas barulah bahagian otak paling atas iaitu neokorteks atau otak berfikir anak mula-mula develop. Barulah mereka boleh faham penerangan yang kita beri dengan lebih lagi. Namun, mereka masih belum boleh membezakan yang baik dari yang buruk kerana mereka belum mumayiz. Frontal lobe mereka belum develop penuh.

Oleh kerana ibu bapa dan ramai orang dewasa termasuk datuk nenek tak faham, cepat saja mereka menamakan anak-anak kecil seperti yang nampak tidak mendengar penerangan dan larangan sebagai degil dan ego.
Setiap kali Ibu mendengar perkara seperti ini, terhiris sungguh hati Ibu kerana sampai hati orang dewasa melakukan perkara begini kepada anak-anak kecil yang masih suci seperti kain putih.

Jika anak itu salah berperangai, merebut barang, atau bermain dengan benda yang merbahaya, untuk dia tidak terus melakukan perkara itu, anda boleh mengambil dia dari situ dan boleh katakan kepadanya No, ini tak boleh, dengan tegas tapi penuh kasih-sayang. Kemudian bawa dan ajak dengan baik dia ke tempat yang ada benda yang boleh dia bermain dan katakan, Yes, yang ini boleh. Dan katakan lebih dari 3 kali untuk menguat stimulus positif yang akan membina diri yang positif. Supaya, terakam diminda bawah sedarnya akan stimulus positif ini. Dia tidak boleh terus ingat, kerana tempat memori adalah pada bahagian otak tengah. Masa ini bahagian itu belum lagi develop.

Ya, memang kononnya jalan paling senang dan cepat bagi menangani anak-anak kecil yang kuat kehendaknya ini ialah dengan memarahinya dan menghukumnya dengan kasar. Tapi ini menyebabkan anak ini berasa tidak selamat. Ingat pada usia ini, bahagian otak paling bawah yang sedang develop. Anak ini akan berasa tidak selamat. Bila seorang itu berasa tidak selamat, dia akan lari atau melawan. Maka itulah yang menyebabkan bila dia besar sikit dan kerana keadaan marah-marah dan melarang dengan kasar ini berteus, anak itu akan selalu mengamuk dan bertambah kuat mengamuk. Atau menjadi anak-anak yang senyap kerana TAKUT dan tiada keyakinan diri.

Bila terjadi begini, apakah yang ramai orang dewasa lakukan? kuatkan lagi marah dan kuatkan lagi hukuman. Lama-lama, menjangkau 3 tahun, emosi anak penuh dengan kemarahan dan kesedihan. Anak begini membesar menjadi anak-anak yang memendam rasa, nampak diam, tapi bom jengka sedang berdetik, menunggu masa saja untuk meletup. Tiba usia yang lebih tua, seperti remaja, anak yang sama ini akan menjadi sangat degil, pemarah dan tidak hormat orang tua. Ada yang menerajang ibu bapa!

Bukankah telah diingatkan oleh Nabi s.a.w, bahawa pada akhir zaman, akan ramai anak-anak yang menjadi tuan pada ibu bapa mereka. Bukan kerana ibu bapa mereka melayan mereka dengan kasih-sayang tetapi kerana ramai ibu bapa yang tidak memahami bagaimana untuk mendidik anak-anak sehingga mereka tersilap cara lalu merosakkan diri anak-anak itu sendiri.

Anak yang dibesarkan dengan kasih-sayang, hormat dan kefahaman psikologi kanak-kanak, akan membesar mengasihi ibu bapa mereka.
Bila kita berlembut dengan anak sekecil 1 tahun 6 bulan itu,bukan bermaksud kita memanjakan atau membiar dan kita lemah. 

Sebenarnya, kita sedang membina rasa selamat yang kukuh, untuk mudah otak tengahnya pula develop cepat. Kita tetap tegas, tapi kita juga penuh kasih-sayang.

Cuba tengok betul-betul, anak-anak yang dididik penuh kasih-sayang, dihormati perasaaan mereka dan berasa selamat, meningkat cepat kepandaian mereka berbanding dengan anak-anak yang selalu dimarah dan dihukum kasar.

Bila anak-anak sekecil itu merampas mainan kawan, bukan dia perampas, tapi dia belum lagi tahu maksud ini barang orang dan dia perlu meminta izin atau bermain bersama. Anak pada usia ini, kalau dia hendakkan sesuautu, dia mengambilnya sahaja. Bila tidak dapat dia akan meraung. Kerana itulah yang dimaksudkan ego centric. Centre pada dirinya sahaja.

Janganlah kita orang dewasa cepat melatah dan menghukum anak-anak kecil ini dengan perkataan seperti jahat, degil, perampas… dan dipukul dan sepertinya yang akan masuk ke unconscious mindnya dan menjadi belief atau kepercayaan yang merosakkan diri anak itu.

Ibu tahu yang membaca penulisan ibu ini adalah ibu bapa yang prihatin dan mahukan kebaikan untuk dirinya dan anak-anaknya. Ibu pernah menjadi ibu muda dan sekarang nenek pula. Ibu tahu perlunya membesarkan kesabaran. Oleh itu, janganlah risau sayang.

Kita perlu sedar, anak-anak ini didatangkan kepada kita untuk memberi kita rasa seronok dan juga membina diri kita. Membina kesabaran itu adalah salah satu daripada membina diri kita ini.

Untuk kali ini Ibu tinggalkan kepada anda dengan satu azimat. pegang dengan kemas. 

Azimatnya ialah SENANTIASA, SENANTIASA BERSANGKA BAIK DENGAN ANAK-ANAK TERUTAMANYA ANAK-ANAK KECIL. KEMASKAN KEYAKINAN BAHAWA ANAK-ANAK KECIL INI SUNGGUH SUCI.

Sesungguhnya sayang, anda layak bahagia dan menjadi ibu bapa berjaya.
Salam kasih - Credit to Prof Dr Rozieta Shaary

Cara Atasi Selera Makan Dengan OmegaGuard Shaklee



Omega Guard adalah terdiri daripada asid lemak Omega-3 yg amat besar faedahnya khususnya bagi:

- Kanak-kanak atau pelajar yg ingin bijak & fokus ketika belajar.
- Kanak-kanak penghidap asthma.
- Ibu hamil (untuk perkembangan otak janin).
- Mereka yg mempunyai tahap kolesterol serta tekanan darah yg tinggi.
- Mereka yg ingin mempercepatkan proses penurunan berat badan & pembakaran lemak.



Berikut adalah manfaat Omega Guard Shaklee:

1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita.
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan.
3. Mencegah salur darah dari tersumbat.
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok.
5. Mengekalkan tekanan darah yg normal.
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher.
7. Mengurangkan sakit kepala.
8. Merendahkan kolestrol.
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan.
10. Mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL.
11. Mengawal masalah obesiti.
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin.
14. Meningkatkan perkembangan memori janin & kanak-kanak.
15. Meningkatkan sistem imun tubuh & sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak.
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll.
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis & SLE (lupus erythematosus).
19. Omega 3 membantu memperbaiki penyakit buah pinggang.
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan.
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik.
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi.
24. Mencegah penyakit gout.
25. Mengurangkan keradangan/kesakitan pesakit sendi/tulang.

Selain itu, Omega 3 yg terkandung dalam Omega Guard Shaklee juga membantu memperbaiki masalah berkaitan otak seperti berikut:

» Mencegah insomnia.
» Mengurangkan tekanan emosi.
» Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan.
» Membantu memperbaiki masalah autism.
» Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive.
» Mengurangkan masalah schizophrenia.
» Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak.


Rakan Shaklee Anda

Hadana @019.353.9010
Sid 1093893

Friday, July 4, 2014

Vivix Shaklee


Apa Itu Vivix Shaklee?


Vivix adalah minuman pekat yang berwarna merah yang mengandungi bahan-bahan asli anggur muskat, elderberi, lobak ungu dan polygonum cuspidatum yang Kaya Resveratrol yang bersifat anti-oksida, melambatkan proses penuaan / anti-penuaan, anti-inflamasi dan anti kanser.



Awet muda, antioksida, antipenuaan, anti aging, Putrajaya, Kuala Lumpur
VIVX TONIK AJAIB

Rahsia Cantik Berseri dan Awet Muda dengan Vivix Shaklee Kaya Resveratrol Antioksida


Inilah rahsianya : antioksida dalam reseveratrol Vivix Shaklee melambatkan kitaran dan kematian sel, melambatkan proses penuaan dan membantu meningkatkan ketahanan antioksidan untuk kulit yang lebih sihat. 

Tindakan Vivix pada Tahap Sel :

1. Mempertahankan sel (cell defense)
Ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap selular.

vivix shaklee cell defense


2. Memberi tenaga kepada sel
Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitokondria untuk meningkatkan tenaga di dalam sel.

shaklee vivix cell energy

3. Memperbaiki sel
Ramuan Vivix dikaji membantu pembaikan sel tahap selular


shaklee  vivix cell repair


4. Meningkatkan prestasi sel
Ramuan VIvix adalah 100 kali lebih kuat dari resveratrol untuk melambatkan pembentukan protein AGE (advanced glycation end product) yang boleh menyebabkan kerosakan tahap selular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur.

Rujukan gambar : http://vitaminsemulajadi.com/khasiat-vivix-shaklee-vivix-galore/




Ramuan Semulajadi di dalam Vivix Shaklee


1. Anggur Muskat



Anggur muskat yang juga dikenali sebagai anggur nombor satu di Amerika menimbulkan kekecohan di kalangan masyarakat kerana kebaikannya yang boleh membuatkan kulit bertambah muda serta memberi kesihatan berpanjangan.

Anggur muskat dan bijinya adalah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri antiradang. Ini kerana sebatian phenolik tertumpu pada bahagian biji. Jika dibandingkan anggur lain, ia mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terdapat dalam arak merah yang terbukti berfaedah bagi kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah selain melambatkan proses penuaan.


2. Elderberi



Selain anggur muskat, tumbuh-tumbuhan lain yang baik untuk kesihatan serta agen penuaan ialah elderberi. Ia adalah tumbuhan lasak tanah lembap di sepanjang tepi jalan dan sungai hanya di Eropah dan Amerika Utara.

Elderberi sudah digunakan sekian lama dalam perubatan tradisional bagi mengubati asma, sembelit, artritis dan selesema. Tumbuhan ini adalah antioksidan yang kuat dan melindungi sel daripada kerosakan disebabkan toksin alam sekitar, diet tidak seimbang serta tekanan.


3. Polygonum Cuspidatum



Polygonum cuspidatum sejenis pokok saka terbesar di Asia adalah sumber semula jadi resveratrol sama seperti yang terdapat pada kulit anggur merah dan biji anggur merah. Tumbuhan ini mempunyai banyak faedah kesihatan dan sering terdapat dalam produk antipenuaan. Ini kerana kandungan resveratrolmembantu memperlahankan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah dan mengurangkan lebihan lemak yang tidak diperlukan tubuh.


4.Lobak Ungu




Akhir sekali lobak ungu adalah sumber vitamin A terbaik, mengandungi fitokimia yang mengandungi antioksidan, antibakteria, antiradang penyakit serta mengurangkan risiko penyakit jantung.

Kebaikan dan Manfaat Vivix

Memelihara :
  1. kesihatan jantung
  2. kesihatan otak
  3. kesihatan sistem imun
  4. kesihatan sendi
  5. perlindungan antioksidan
  6. peningkatan tenaga
  7. kesihatan badan yang optima 
Kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. 


Ayu Raudhah turut mengambil Vivix Shaklee untuk kecantikannya, anda bila lagi?

Anda boleh dapatkan Vivix dengan mudah

Klik di sini
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=52bdba949576e6bcec5682a4993bfb58