Friday, December 20, 2013

Berdua Bersama

Koleksi gambar berdua Adam dan Harith


Terkadang suka terkadang rawan,
Gelak tawa pengubat hati,
Dialah teman dialah lawan,
Kala tiada terasa sunyi.








  


  









  


Tuesday, December 17, 2013

Universal Studio Singapore...We are here !!! (Part 3)

12 Disember 2013

Okey...dah ada gambar tu maknanya dah sampai la kan...ni gambar wajib..kalau takde gambar ni kira eviden tak  cukup dan diragui hehehee.....

Sebenarnya sebelum ke sini, Mama dah buat research....must do-don't..so merujuk kepada blog yang Mama baca...mula-mula sampai kita kena amik MAP n SHOW SCHEDULE..Kenapa???ada sebabnya...supaya kita boleh set mana nak singgah dulu dan tak terlepas show. Pepatah Melayu..."Malu bertanya sesat jalan"...kalau tak nak tanya tengok la map kan heehheheheee...



Alhamdulillah...Adam n Harith langsung tak buat perangai. Mama takut jugak sebabnya xpernah lagi bawak diorang keluar berjalan dalam tempoh masa yang lama. Bekalan makanan memang bawa dan sentiasa bagi je diorang ni kudapan. Asal jumpa toilet je memang akan suruh semua masuk untuk sesi MEMANJAkan diri hehehheee...mana la tau kang tengah beratur nak tengok show nk p tandas pulak...adoi!!




Lagi satu...bila berjalan mulakan di sebelah kanan dulu. Ada la sebabnya kot. Kami pun follow je la. Sambil-sambil tu kita boleh bergambar dengan beberapa karakter kartun dan filem. Ini pun ikut nasib je sebab diorang akan keluar beberapa minit je. So kalau nampak ramai yang beratur nak amik gambar tu boleh la join skali. Sebab tak kan jumpa lagi dah nanti heheheee...banyak jugak la yang dapat kitorang snap...saampaikan Adam cakap..Mama ni asyik amik gambar jer ....




Lagi satu...yang bagusnya...kita boleh mintak tolong sesapa je amikkan gambar. Sure diorang amikkan. Tak kena bayar pun hehehee...so jangan risau la kalau datang sorang ke...berdua ke...sekampung ke...nak amik gambar sekali...ha mintak je tolong orang...yang penting kena ringan mulut la yer..





 Untuk tengok setiap show atau main games kat situ...memang kena beratur panjang. Tapi memang BERBALOI !!...especially Autobot Roll Out !!...memang kalau datang sini kena try yang ni...kitorang memang target transformers sebab Adam n Harith ni awal-awal lagi nak masuk...best giler..walaupun kena beratur lebih kurang 30minit hehehhehhe...kat luar pulak bergambar dengan transformers Evac...kereta yang kitorang naik masa kt dalam tadi la.Seronok punya pasal  belilah gambar ni sekeping buat kenangan..
Selain tu, ada juga aktiviti dan show yang melibatkan air...Show light..camera..action pun ada yang basah. Kalau dekat Water World pulak kena pilih tempat duduk ikut label.Kalau label biru dan hijau memang komfem basah hahahhahaa...kitorg yang duduk label coklat pun kena jugak tempias. Sebab tu kena bawak baju hujan. Beli siap-siap kat giant kain cantik skit. Klu watson cepat koyak. murah je RM 3.90. Kalau beli kat sana memang masak la kan hehehe...kebetulan masa kat sana memang hujan...so berbaloi la beli kan. 
                                           
Surau untuk solat ada berdekatan rollercoster sebelah The Mummy. tempatnya kecil tapi selesa kalau orang tak ramai. Jadi kalau dah masuk waktu dan berada berdekatan tu terus la solat supaya tenang nak teruskan perjalanan hehehee...

Makanan pulak..sebenarnya banyak tempat tapi takde status HALAL...tak berani wooo..hanya ada satu je food court yang ada tanda HALAL. Berdekatan Madagascar. Tapi masa kitorang singgah pukul 5.30 petang tu dah tutup. Jadi voucher  SGD 30 tu kitorang guna untuk beli nugget n milo panas je. kalau tak guna rugi la kan.


Setiap station ada shop yang jual cenderahati. Boleh je nak singgah. Tapi sebenarnya kalau nak jimatkan masa tak perlu la masuk. Sebabnya sebelum keluar nanti akan ada kedai USS yang jual semua cenderahati yang kita nakuntuk semua karakter yang ada kt dalam tu. Lagi senang nak bajet kan...boleh guna voucher yang dapat tadi..ada SGD 15 tapi kena belanja SGD30 ke atas baru boleh guna untuk satu..

Dipendekkan cite ni je la yang kitorang sempat capai dalam masa 45 minit. Sebab janji dengan driver bus tunggu pukul 7.20 mlm...Setiap sorang dapat satu barang je hehhee...kalau tgk SGD rasa murah je...cer convert ke MYR..hahhahhahaha...tau la kan





Ok lah...masa untuk kembali ke tanahair hehhehehe...BYE-BYE USS...nnti kita datang lagi ye..

Proses nak keluar masih lagi sama macam datang tadi. Kita kena lalu dua imigresen. Cuma kali ni barang yang dibeli di USS tadi kena declare masa Imigresen Malaysia. Dan keratan kecil yang disimpan tadi diserahkan semasa di Imigresen Singapura. 

Kitorang paling akhir sampai di hotel...tepat jam 10.30malam. Letih sangat tapi seronok sebab anak-anak semua nampak gembira sangat. Terima Kasih Abah belanja kitorang :)

Monday, December 16, 2013

Universal Studio Singapore...We are here !!! (Part 2)

12 Disember 2013

Assalamualaikum.Selamat pagi semua...

Seawal 5.50 Mama dah siap berkemas. Adam yang tak boleh tido semalam baru je lelap kan mata..ALAMAK!!!...nak kejutkan pun kesian.biarlah dia tidur dulu. daripada dia pening terus tak boleh nak enjoy. so Harith dulu yang dikejut tapi Adam jugak yang mandi dulu...seronok sangat sebab mama cakap hari ini kita nak ke USS...Yeayyy...Ready trip to USS !!!

Pukul 7 turun breakfast. Bas akan datang pick up kat hotel 7.30...so sempat la kan nak isi perut. Adam n Harith ni memang susah nak minum pagi. terpaksa la mama ugut kalau tak makan tak boleh ikut !!! Selesai je makan terus naik bus la kan...kang lambat pulak..jem kat imegresen abis la..
Otw menyeberangi Selat Teberau..Awal pagi jem orang nak pergi kerja
Bas akan mengambil penumpang lain di hotel yang berlainan. Ingatkan family kitorang je dalam bas ni hehehee....kita akan diberi tiket masuk USS beserta voucher makanan SGD 10 dan cenderahati SGD 5..so kami dapat la total free SGD 45 untuk 3 tiket...alhamdulillah..


Terminal Bas di bawah...naik escalator untuk ke USS

Kita akan melalui dua kali pemeriksaan imigresen...Malaysia dan Singapura....jadi kena la dua kali turun naik bus dan bergegas ke kaunter supaya tak terlambat. Borang putih akan diceraikan semasa melalui imegresen Singapura. dan keratan kecil pada borang tersebut perlu disimpan untuk disemak Sekali lagi semasa keluar daripada Singapura. Tahniah kepada jabatan di kedua-dua negara ini kerana pengurusan yang sangat cekap. Proses yang diambil juga lancar dan cepat....tak sampai setengah jam pun!! Selesai je terus la naik bus yang dah tunggu di terminal.

 Welcome to Singapore !!!
Singapura yang terkenal dengan bandar yang BERSIH


Universal Studio Singapore...We are here !!! (Part 1)

11 Disember 2013

Hari yang dinanti dah pun tiba...Johor Bahru kami datang !!!......pagi ni Adam n Harith bangun awal..semangat sungguh!!..Adam la yang pecah rekod...slalu bangun lambat kan hehheeehehee...mulanya nk gerak sesudah subuh (konon la kan...)..bila tgk google..ala 3jam dah sampai??...ingatkan macam balik Kedah hehee...so 10.30 pagi jugak baru kitorang keluar rumah...Ya Allah permudahkan perjalanan kami..


Perjalanan ke Johor Bahru mengambil masa selama 4jam 30 minit.. singgah jap kt rnr...dalam pukul 3 petang tu kitorang dah sampai hotel. Nak cari jalan ke MSuite Hotel ni takde lah susah sebab kitorang guna Waze..kalau sendiri redah alamatnya memang tak sampai lagi la kan hehehe...singgah tengok Selat Teberau jap...amik angin pantai. kemudian terus check in...letih n lapar wooo...

Bilik dia memang kitorang tak pernah survey pun. Terima je la apa yang termasuk dalam pakej. Sekali masuk tengok...WOW...CANTIKNYE...besar pulak tu...Harith dah siap landing atas tilam...tak mo keluar dah hehehee...no.no.no....lapar ni sayang ooiii...kena jugak keluar cari makan...
M Suite Hotel , Johor Bahru

En Anuar macam biasalah...ikut Mama nak makan kat mana. Orang kata...mall yang famous kt JB ni Plaza Angsana la kan....kalau dah semua event buat kat situ..maknanya glamor la...so kitorang pun set la waze ke Plaza Angsana hehheheee.
Tengok tu...TEH TARIK..favourite Adam 

Mmmm...parking ok...orang pun tak ramai...agaknya sebab weekday....klu hari minggu mau jenuh nak cari parking kan. Kitorang terus cari Fourt Court nak isi perut. Rupanya Food Court kt tingkat paling bawah...open air...sangat selesa..makanan pun ok la walaupun tak banyak pilihan sangat.

Abis je makan..terus cari UO...nak beli apa2 lagi keperluan untuk bawa esok..bekal lagi kan..Sebelum maghrib kitorang gerak balik hotel...letih kan...kesian Adam n Harith.Esok dah la nak guna banyak tenaga...

Tapi sebenarnya....sampai bilik lepas siap bersihkan diri xde sorang pun tido. Budak kecik dua orang ni memang dah excited abis...dok ulang tanya bila kita nak pegi USS ni...hehehhe

Malam tu memang tak boleh tido...Harith sorang je dapat cover full stamina...yang lain terutamanya Adam tak tido sampai pagi..kesian dia..harap jangan pening sudah la....


Friday, December 13, 2013

1st time trip to UTC,KL @ Pudu Sentral

:: 25 November 2013 ::

Hari ini Mama bawa Adam n Harith keluar...kitorang nk ke UTC Pudu. Sebab apa??...nak buat pasport la. Hajat hati nak drive je. Bila tengok trafik macam slow je terus tukar plan. Mama bawa Adam n Harith naik LRT !!! Yeaaayyyy.... 
                                                      
 Harith la seronok sangat...almaklum la kali pertama naik LRT. Adam ni dah kali ketiga kot.Masa mula-mula dulu Yim yang bawak. Kelakar sangat. Sebabnya naik kat stesen Ampang turun kat Cahaya dah patah balik hehheheeee...kejap je.
   Okey lah.. Sedikit maklumat berkaitan UTC...UTC ni sebenarnya akronim bagi Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Center). Ia merupakan inisiatif kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan dan   prasarana yang sangat selesa dalam satu pusat sehenti @ onestop center. Ada macam-macam kemudahan seperti Kedai Rakyat, Kedai kain, kedai buku dan Jabatan Imigresen.
                                    
Dulunya Puduraya hanyalah terminal bas untuk ke Utara dan Selatan tanahair. Dengan wujudnya UTC ini, Puduraya telah dinaiktaraf menjadi lebih selesa untuk kegunaan masyarakat kota. Susunatur yang lebih kemas memberi imej positif terutama kepada para pelancong.


Ok la kan cerita sikit je....nak tahu lagi...sila la buat lawatan la yer...
Dengan menggunakan LRT kita hanya mengambil masa selama 20 minit sahaja untuk sampai ke UTC....mmm...sangat menjimatkan masa,tenaga dan minyak kereta yang memang dah naik sekarang ni...PEACE !!



 




Amir Harith b Anuar ...

"Riang berkicau si kakak tua,
 Terbang sekawan ke tanah jawa 
 Lahirnya putera bonda kedua,
 Ditatang disayang sepenuh jiwa."





  • AmirHarithAnuar
  • 21 November 2010
  • Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 3.45kg
  • 5.30 petang
  • Manja...sensitif..mudah merajuk...bijak...aktif...kelakar
  • Sangat suka menyanyi..pandai mengubah lirik