Monday, December 16, 2013

Universal Studio Singapore...We are here !!! (Part 2)

12 Disember 2013

Assalamualaikum.Selamat pagi semua...

Seawal 5.50 Mama dah siap berkemas. Adam yang tak boleh tido semalam baru je lelap kan mata..ALAMAK!!!...nak kejutkan pun kesian.biarlah dia tidur dulu. daripada dia pening terus tak boleh nak enjoy. so Harith dulu yang dikejut tapi Adam jugak yang mandi dulu...seronok sangat sebab mama cakap hari ini kita nak ke USS...Yeayyy...Ready trip to USS !!!

Pukul 7 turun breakfast. Bas akan datang pick up kat hotel 7.30...so sempat la kan nak isi perut. Adam n Harith ni memang susah nak minum pagi. terpaksa la mama ugut kalau tak makan tak boleh ikut !!! Selesai je makan terus naik bus la kan...kang lambat pulak..jem kat imegresen abis la..
Otw menyeberangi Selat Teberau..Awal pagi jem orang nak pergi kerja
Bas akan mengambil penumpang lain di hotel yang berlainan. Ingatkan family kitorang je dalam bas ni hehehee....kita akan diberi tiket masuk USS beserta voucher makanan SGD 10 dan cenderahati SGD 5..so kami dapat la total free SGD 45 untuk 3 tiket...alhamdulillah..


Terminal Bas di bawah...naik escalator untuk ke USS

Kita akan melalui dua kali pemeriksaan imigresen...Malaysia dan Singapura....jadi kena la dua kali turun naik bus dan bergegas ke kaunter supaya tak terlambat. Borang putih akan diceraikan semasa melalui imegresen Singapura. dan keratan kecil pada borang tersebut perlu disimpan untuk disemak Sekali lagi semasa keluar daripada Singapura. Tahniah kepada jabatan di kedua-dua negara ini kerana pengurusan yang sangat cekap. Proses yang diambil juga lancar dan cepat....tak sampai setengah jam pun!! Selesai je terus la naik bus yang dah tunggu di terminal.

 Welcome to Singapore !!!
Singapura yang terkenal dengan bandar yang BERSIH


No comments:

Post a Comment