Friday, February 21, 2014

Pemakanan Ibu Yang Menyusukan Bayi

Assalamualaikum...

Sesetengah kalori yang diperlukan untuk penghasilan susu badan dibekalkan oleh simpanan lemak badan semasa kehamilan. Walau bagaimanapun, kalori tambahan diperlukan melebihi had pengambilan pra-kehamilan anda untuk memberikan tenaga yang secukupnya untuk membekalkan keperluan bayi anda yang sedang membesar. 

Apabila anda mula mencerai susu dengan bayi anda, keperluan kalori anda akan kembali ke tahap pra-kehamilan secara perlahan. 

Apa Yang Perlu Saya Makan ???

Anggap penyusuan badan sebagai motivasi berterusan untuk mengikuti diet yang sihat sepertimana yang anda ikuti semasa kehamilan. Fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala adalah okay). 

Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Adalah baik jika anda menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa. 

  • Minum air putih banyak

           Pastikan anda minum banyak air – lapan sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi. Untuk kepelbagaian,              anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman                      dadeh. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda. 


  • Prihatin dengan jenis makanan yang diambil
             Anda boleh mengetahui jika anak anda sensitif kepada sesuatu yang anda makan atau minum kerana dia akan              menunjukkan ketidakselesaannya dengan menjadi resah selepas menyusu, menangis tidak boleh ditenangkan              atau tidak lena tidur. Jika bayi anda alah kepada sesuatu yang anda makan, anda boleh lihat reaksi pada                          kulitnya (ruam atau gatal-gatal), dalam pernafasannya bunyi berdehit atau kesesakan), atau                   dalam najisnya (warna hijau atau bermukus). Hubungi pakar pediatrik anda untuk nasihat lanjut. 


Amalkan pengambilan supplemen yang boleh membantu membanyakkan susu anda.. Protein Shaklee dapat membantu menambahkan kuantiti susu anda...is turut menjadikan susu pekat dan anak akan kekenyangan.
Dapatkan ESP anda hari ini :)



Hadana ( SID 1093893)
 0193539010

Sunday, February 2, 2014

Punca Bayi Tidak Menyusu

Assalamualaikum...

Apakah punca bayi tidak mahu menyusu
Bagaimanakah mengembalikan minat bayi bagi menyusu secara terus? 

Terdapat dua kemungkinan utama bayi tidak mahu menyusu secara terus dari ibunya.


(1) Susu terlalu banyak


Keadaan ini biasanya berlaku diperingkat awal kelahiran bayi. Pada ketika ini, sistem badan ibu masih belum dapat mengenalpasti jumlah pengeluaran susu yang diperlukan oleh bayi. Manakala bayi pula masih dalam peringkat mempelajari teknik menyusu. Pada peringkat ini biasanya bayi sukar mengawal kadar susu yang dihisap. Sekiranya susu ibu terlalu banyak, kemungkinan besar mereka akan menghadapi masalah sering tersedak. Sekiranya keadaan ini sering berlaku,  sedikit sebanyak bayi akan mengalami trauma dan mengelak untuk minum susu secara terus dari ibunya. 


(2) Bayi lebih suka minum melalui botol berbanding secara terus (direcy feeding)


Ada ibu-ibu yang keliru dengan keadaan ini. Ada yang beranggapan bayi mereka menolak susu mereka dan lebih sukakan susu formula. Saya pulak keliru kerana mereka keliru. Ini kerana biasanya keadaan ini disebabkan oleh lubang pada puting susu yang besar dan bayi tidak perlu bersusah payah menggerakkan rahang mereka untuk menyusu. Jika dibandingkan dengan menyusu secara terus, bayi perlu menggerakkan rahang bagi mendapatkan susu. Oleh itu, mereka lebih suka susu botol sebab tak perlu berusaha terlalu gigih.

Penyusuan Ibu Secara Eksklusif

Assalamualaikum....


Artikel ini diambil daripada blog teman saya 
Farihah...beliau memang aktif menulis berkaitan 
penyusuan bayi ini.
Semoga artikel ini dapat memberi sedikit 
panduan kepada mereka yang menghadapi 
masalah yang berkaitan penyusuan ini.

Perlu diingatkan bahawa penyusuan bayi secara 
eksklusif adalah selama 6 bulan. Di mana bayi 
hanya makan dan minum susu ibu sahaja selama 
6 tahun dan tidak dicampur dengan sebarang 
makanan lain termasuk air masak atau air kosong.

Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan di mana ibu merasakan susu yang 
dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan
 penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu 
menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu 
akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang
 menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn 
hormon yg dihasilkan. 


Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah menyesuaikan diri sepenuhnya
 pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu
 menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara,
 maka susu yg terhasil banyak (walaupun tak sebanyak semasa berpantang).

 Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan,antaranya ialah :



1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih
 banyak susu yang akan terhasil.



2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang
 melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak
penghasilan susu.

3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang
boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang
 penghasilan susu

4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan
 tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga
 boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu
awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi
 berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan,
bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan
 susu pada ibu.
6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan
 anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
• Ambil suplemen yang sesuai jika tubuh selalu lesu & tidak dapat memenuhi
 kuantiti susu yang diperlukan.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.
7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di
 kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi,
 cium bayi.

8. Antara suplemen yang boleh dan sesuai diambil oleh ibu ialah 
Set Penyusuan Shaklee. Ia terbukti berkesan dan dapat menghasilkan susu
 yang banyak mengikut keperluan bayi.

Hadana ( SID 1093893)
SMS / Whatsapp @0193539010

Saturday, February 1, 2014

Senggugut

Assalamualaikum


Sesetengah wanita yang kedatangan haid akan berasa sakit pada bahagian perut dan peranakan. Penyakit nie dinamakan senggugut atau ‘period pain‘.
Sakitnya memang susah nak dibayangkan bagi yang tak pernah mengalaminya. Ia seumpama ‘cramp’ atau kekejangan di bahagian perut. Malah bukan setakat kejang, pada masa yang sama ada juga yang akan rasa macam senak perut.
Kesakitan yang dirasakan memang akan buat seseorang tu rasa cukup tak selesa malah kekadang sakitnya teramat-amat sampaikan nak buat kerja lain pun dah tak boleh.
Biasanya setakat dua atau tiga hari ketika mula didatangi haid. Selepas tu sakitnya akan hilang dengan sendiri… insyaAllah…
Menurut pendapat kebanyakan orang berpengalaman, wanita yang sering mengalami masalah senggugut lazimnya sukar untuk mengandung. Tapi itu hanya rumour aje. Cuma katanya ketika nak melahirkan baby tu dirasakan lebih sakit berbanding ngan wanita yang tak pernah kena senggugut.
Sebab-musabab terjadinya senggugut ni ialah kerana ketidak seimbangan hormon atau disebabkan faktor genetik. Ada juga yang kata kerana faktor pemakanan. 
Apa penyakit pun kita perlu berikhtiar untuk mengubatinya atau setidak-tidaknya mengurangkan kesakitan yang dialami. Anda boleh mencuba pelbagai petua atau menggunakan sepplemen yang boleh mengurang seterus menghilangkan PMS ini.

       Hadana ( SID 1093893)
      SMS / Whatsapp @ 0193539010