Saturday, February 1, 2014

Cacar Air

Assalamualaikum..

Cacar air ialah penyakit yang senang dijangkiti  disebabkan satu kumpulan virus herpes. Ia menyebabkan ruam yang bersifat tersendiri dan simptom sama seperti flu ringan.
Ramai kanak-kanak mendapat cacar air semasa usia kecil mereka dan ia biasanya adalah penyakit ringan. Simptom penyakit akan kelihatan antara 10 dan 21 hari apabila anak anda dijangkiti cacar air.
Bagaimana bayi dijangkiti cacar air?
Seorang yang sudah dijangkiti, apabila bersin atau berada rapat dengan bayi, boleh memnyebarkan bakteria cacar air. Anak anda boleh dijangkiti cacar air cuma dengan berada sama bilik dengan orang yang menghidap penyakit itu. Cacar air boleh juga dijangkiti dari seorang yang mempunyai kayap. Kayap disebabkan virus yang sama seperti cacar air. 


Apakah rawatan bersesuaian?
Cacar air adalah virus, jadi ia tidak memberi respon kepada antibiotik. Ia akan sembuh dengan sendiri, tetapi anda boleh melegakan simptom bayi dengan beberapa rawatan di rumah.
1.    Jika bayi anda tiga bulan atau lebih tua, anda boleh memberinya parasetamol atau ibuprofen bayi untuk menurunkan demam dan untuk melegakan sebarang sakit-sakit badan. Semak maklumat tentang dos di paket, atau tanya doktor atau ahli farmasi jika kurang pasti banyak mana hendak diberikan kepada bayi.
2.    Beri bayi anda banyak cecair untuk mengelakkannya nyahhidrat. Beri dia lebih susu ibu atau jika sudah makan beri makan makanan bayi.
3.    Untuk melegakan bintik-bintik gatal, anda boleh guna losen kalamin. Anda juga boleh cuba mencampurkan bikarbonat soda ke dalam mandian bayi untuk melegakan gatal-gatal.
4.    Jika bayi anda berusia  lebih setahun dan gatal-gatal itu mengganggunya terutama di sebelah malam, doktor  mungkin mempreskripsikan antihistamina chlorphenamine (Pirition). Ini juga mempunyai kesan sedatif yang boleh membantu dia lebih mudah tidur.
5.    Pastikan kuku bayi pendek jika dia suka menggaru. Ini membantu mengelakkan parut dan mencegah bintik mendapat infeksi.
6.    Pakaikan bayi baju kain benang yang longgar supaya kulitnya sentiasa sejuk dan kurang berasa gatal.
7.    Minum banyak air bagi mengelakkan dehydrate
8.     Minyak kelapa dara boleh diambil kerana ia membantu meningkatkan system imun badan. Boleh minum atau mandi dengan air kelapa muda. Anak berumur bawah 6 bulan boleh dimandikan dengan air kelapa, daun semambu atau mandian the merah. Ibu yang menyusukan anak juga digalakkan untuk mengambil minuman ini. Pastikan anak kerap menyusu supaya penawar ini boleh dirasai oleh anak yang terkena cacar air. Perlu ingat, anak berumur 6 bulan kebawah tidak boleh diberi minum apa-apa.
9.      Anda juga boleh mengambil vitamin E. Buka kapsul dan lumurkan pada parut supaya kesan parut dapat dihilangkan
 

-          Para ibu yang menyusu perlu elakkan dari mengambil seafood bagi mengelakkan kegatalan pada anak anda

-          Selain itu, anda boleh memberikan vitamin D pada anak dengan mendedahkan anak yang menghidap cacar air kepada cahaya matahari pagi antara jam 7 hingga 8 pagi. Dapatkan cahaya matahari selama 10-15 minit.
               
       ** Sumber :: Pa&Ma
                                                                            
      Harap dapat memberi maklumat kepada semua :)

      Hadana ( SID 1093893)
      SMS / Whatsapp @ 0193539010

No comments:

Post a Comment