Sunday, February 2, 2014

Punca Bayi Tidak Menyusu

Assalamualaikum...

Apakah punca bayi tidak mahu menyusu
Bagaimanakah mengembalikan minat bayi bagi menyusu secara terus? 

Terdapat dua kemungkinan utama bayi tidak mahu menyusu secara terus dari ibunya.


(1) Susu terlalu banyak


Keadaan ini biasanya berlaku diperingkat awal kelahiran bayi. Pada ketika ini, sistem badan ibu masih belum dapat mengenalpasti jumlah pengeluaran susu yang diperlukan oleh bayi. Manakala bayi pula masih dalam peringkat mempelajari teknik menyusu. Pada peringkat ini biasanya bayi sukar mengawal kadar susu yang dihisap. Sekiranya susu ibu terlalu banyak, kemungkinan besar mereka akan menghadapi masalah sering tersedak. Sekiranya keadaan ini sering berlaku,  sedikit sebanyak bayi akan mengalami trauma dan mengelak untuk minum susu secara terus dari ibunya. 


(2) Bayi lebih suka minum melalui botol berbanding secara terus (direcy feeding)


Ada ibu-ibu yang keliru dengan keadaan ini. Ada yang beranggapan bayi mereka menolak susu mereka dan lebih sukakan susu formula. Saya pulak keliru kerana mereka keliru. Ini kerana biasanya keadaan ini disebabkan oleh lubang pada puting susu yang besar dan bayi tidak perlu bersusah payah menggerakkan rahang mereka untuk menyusu. Jika dibandingkan dengan menyusu secara terus, bayi perlu menggerakkan rahang bagi mendapatkan susu. Oleh itu, mereka lebih suka susu botol sebab tak perlu berusaha terlalu gigih.

No comments:

Post a Comment