Saturday, June 28, 2014

Pengambilan SHAKLEE semasa berpuasa

Assalaamualaikum...

Esok dh nk puasa...rumah dh abis kemas...siap tukar langsir n sarung kusyen lagi...Adam tanya...kita nak buat apa ni...kita nak Raya ke hehehhehe

Mesti la...nak sambut bulan penuh keberkatan...ustazah sealu ckp dulu...madrasah ramadhan... Kerana dalam tempoh sebulan ni la kita belajar mendidik Jiwa supaya memperbanyakkn amalan..meninggalkan perkara yang melalaikan. Semoga amalan tersebut dapat dipanjangkan selepas berakhirnya RAMADHAN....

Ok...ni nk cerita cara makan supplemen utk bulan puasa ni..mesti ramai tertanya2...macamana nk ambil bila dah puasa kn.

Jom semak::
(Ikut supp apa yg kita ambil)


  • Sahur:: seperti biasa. Ambil satu scoop esp,2-5 bj alfalfa.kalau ada zinc boleh juga ambil waktu ni. 

  • Berbuka:: Ambil satu scoop esp,alfalfa,vitalea,bcomplex,vita c 

  • Sebelum tdo:: 4bj ostematrix, omega,lecithin,gla,vita e


** pastikan supp softgel dimakan berasingan dgn kapsul. Pandai2 jarakkn waktu.Xperlu bezakn sampai 1 jam hehe

Pengedar SHAKLEE Anda Yang Sah
Hadana @ 019.353.9010
Sid :: 1093893

5 SEBAB SHAKLEE MEMUDARATKAN KESIHATAN ANDA

(WARNING! SILA BACA ARTIKEL SAMPAI HABIS)




Walaupun supplemen Shaklee adalah SELAMAT dan SEMULAJADI, tetapi ada juga sesetengah individu berpenyakit yang tidak boleh mengambil vitamin atau supplemen sewenang-wenangnya (samada Shaklee atau yang jenama lain daripada sumber berkenaan). Anda perlu tahu penyakit anda dan juga tahu vitamin atau supplemen apa yang TIDAK BOLEH anda amalkan yang akan memudaratkan anda sekiranya anda mengambil vitamin atau supplemen berikut.
Anda perlu memberitahu dahulu sejarah latar belakang kesihatan anda jika mempunyai penyakit yang berkaitan supaya senang untuk kita memberikan cadangan vitamin atau supplemen yang sesuai untuk permasalahan anda dan mengelakkan vitamin-vitamin yang tidak sesuai untuk anda.


Mari kita lihat apakah kaitannya vitamin dengan penyakit SLE, G6PD, Thalasemia, Hypothyroid dan Hyperthyroid tersebut:-


5 SEBAB SHAKLEE TIDAK SESUAI DENGAN ANDA



1) PENGHIDAP PENYAKIT SLE

– Pengidap SLE TIDAK BOLEH mengamalkan supplemen Alfalfa dan juga Vitalea. Dalam Vitalea juga mengandungi sedikit campuran Alfalfa. Jika anda mahu juga mengambilnya sebagai Multivitamin dan Multimineral anda, anda perlu mendapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu.






2)  PENGHIDAP PENYAKIT G6PD
– Pesakit G6PD dan bagi anda yang menyusukan anak dan anak anda mengalami masalah G6PD, anda juga TIDAK BOLEHmengambil supplemen ESP, Cinch Shake, Vita E dan Lechitin (sumber dari soya) dan Alfalfa

-Namun begitu setiap individu berbeza tahapnya terhadap setiap jenis makanan. Kenal pasti makanan yang tidak sesuai dgn anda dan rujuk doktor sekiranya berlaku sebarang simpotom.





Reference:

Food to avoid
3)  PENGHIDAP PENYAKIT THALASEMIA

– Pengambilan iron yang berlebihan oleh pesakit thalasemia boleh memudaratkan diri mereka. Jadi, pesakit thalasemia TIDAK BOLEHmengambil supplemen Vitalea kerana Vitalea telah diformulasikan dengan tambahan IRON di dalamnya.









4)  PENGHIDAP PENYAKIT HYPERTHYROID

– Pesakit Hyperthyoid tidak digalakkan mengambil iodine kerana kandungan iodine mereka yang sudah tinggi di dalam darah. Jadi supplemen yang
TIDAK BOLEH diambil ialah Vitalea kerana di dalam Vitalea ada kandungan IODINE dan juga supplemen Alfalfa




5)  PENGHIDAP PENYAKIT HYPOTHYROID

– Pesakit Hypothyroid pula TIDAK BOLEHmengambil ESP kerana boleh menyebabkan kekurangan rembesan hormon thyroid dan tidak digalakkan mengambil carotomax sebab hormon thyroid diperlukan untuk tukar beta-corotene kepada vitamin A. Jadi, ia tidak memberikan apa-apa manfaat kepada pesakit.









NOTA TAMBAHAN:

1) Bekas pesakit/ pesakit Endometriosis, fibroid, cyst, breast lump dinasihatkan elakkan ESP, Cinch Shake, Vita E, Lechitin dan alfalfa kerana mengandungi phytoestrogen.

2) Pesakit yang mengambil ubat cair darah (WARFARIN) tidak dibenarkan mengambil Alfalfa kerana kandungan vitamin K dalamnya boleh memekatkan darah.




DISCLAIMER: DIHARAPKAN TIADA DIKALANGAN PEMBACA YANG MEMBUAT ANDAIAN ATAU SALAH FAHAM, 5 PENYAKIT YANG DINYATAKAN SAHAJA YANG TIDAK SESUAI DENGAN SUPLEMEN SHAKLEE MAHUPUN PRODUK/MAKANAN LAIN YANG BERKAITAN.


PASTIKAN ANDA MEMBELI DENGAN PENJUAL YANG MEMBERI KONSULTASI YANG BETUL UTK MENGELAKKAN BERLAKU KESILAPAN.

Saturday, June 14, 2014

Cameron Highland....Kami Di Sini !!!

29 Mei 2014

Assalamualaikum...



Diambil dari jendela 616, Copthorne Hotel Cameron Highland

Dapat menikmati matahari terbit dari puncak gunung memang sangat indah..Subhanallah..terpaku di jendela seketika...

Awal pulak Adam dan Harith bangun pagi ni...dah fully recharge ke ni...terus turun breakfast. Pilihan makanan sangat banyak dan sedap. Tapi Adam dan Harith macam biasa la...makan sikit je...semangat nak berjalan yang lebih hehehehe....

Jalan-jalan sedut udara pagi
Selesai sarapan, Adam,Harith, Mama dan Abah berjalan kaki ke kebun strawberi dan Kea Farm. Sambil menghirup udara gunung yang segar. Langsung tak berpeluh hehehe.... Keluar dari hotel, kami ke Raju's Strawberry Farm. Terletak sedikit di atas bukit. Tak la tinggi sangat. Tapi agak mengah bagi yang jarang exercise macam Mama hehehehhe...

Di Raju's Strawberry Farm, kita boleh pilih samada untuk petik sendiri buah strawberi tu dengan harga RM30 untuk setengah kilo....ataupun beli je strawberi yang baru dipetik dengan harga RM 15 untuk jumlah yang sama.

Nyummm...nyummmm....segar...manis...juicy...

MMmmmmmm....mula-mula memang teringin nak petik sendiri...tapi bila tambah tolak darab bahagi...tak jadi la. Baik beli je yg dah siap petik. Kalau nak masuk kebun boleh je cuma tak boleh la petik sendiri hehehehe....selain buah strawberi yang fresh ni...ada juga produk lain berasaskan strawberi...seperti kek ...jus...jem...jeruk manisan...Harith pun cuba minuman coklat strawberi...sedap...nanti kalau datang ke sini jangan lupa try ye:)




Dari kebun strawberi kami ke Kea Farm. Lokasi yang memang wajib dikunjungi. Tak jauh pun. Turun dari bukit tu terus jumpa. Menjual pelbagai barangan seperti sayuran...buah-buahan...bunga-bungaan..pokok kaktus...cenderahati...semua pada harga yang sangat...sangat...SANGAT MURAH....so sesiapa yang nak membeli belah tu beli je kat sini...memang berbaloi..

Kea Farm 
Jangan tak percaya...semua sayuran tu cuma RM10 je...owwhhhh nikmatnya rasa...seminggu makan sayur je hehehehe....Madu tu pula memang diambil dari sarang lebah. Uncle tu potong sendiri tau dari sarang tu. Harap madu asli la kan. Adam dan Harith dah excited nak ke Bee Farm...katanya nak tengok lebah...Ok nanti kita singgah yee....

Kaktus pun ada...so kalau yang tak sempat nak beli di Cactus Valley tu ...jangan susah hati...beli je kat sini. 7 bekas kaktus tu RM10. Tapi Mama beli adik beradik kaktus je heheheh...4 bekas RM10 jugak. Balik terus tanam. Cara nak jaga pun tak serumit kaktus...macam tanam pokok biasa je. aunty ni cakap ratio tanah dengan sabut 3:1...sabut penting sebab boleh mengekalkan kelembapan...mmm nak lagi senang beli je tanah yg dh siap campur hehehehe....
Hasil tangkapan di Kea Farm hehehehe...
Ops..cerita bab bunga tu...ada la diorang jual bunga hidup...so kita yang memang pencinta bunga ni memang dok usha yang tu je la...bayangkan 5kuntum bunga ros pun RM10. Bunga ni dikatakan telah diawet. Tidak perlu air dan kekal seperti asal selama 2 tahun!!!

Biar betul nih...nak tahu betul ke tak Mama beli jugak la sejambak..RM10 je kan....Malangnya bukan dua hari...dua minggu dah mula layu kikikikiiii...nasib tak borong banyak.
Mama syok dapat beli bunga...
 Selesai membeli-belah kami pun pulang ke hotel untuk berkemas dan check-out. Adam dan Harith seronok main belon buih diorang....nanti nak balik main dengan BONG...katanya la kan hehhehehe

Tepat jam 12.15 kami serah kunci teruskan misi ke Ladang Teh BOH...ingatkan dekat je...15km dari jalan besar....bila dah masuk bukan la jauh sangat sebenarnya...tapi jalan yang sempit tu menyebabkan pergerakan perlahan..memang berselisih la kereta...di sini perlunya tolak ansur...Kalau dah nampak kereta di hadapan sila la beri laluan yer..
Inilah ialah rumah pekerja dan lori yang membawa bakul daun teh
Ladang BOH ni lagi besar daripada BHARAT...permandangannya yang cantik...saujana mata memandang..kebetulan ada pekerja ladang sedang petik daun teh. Tapi keadaan hujan rintik-rintik menyebabkan kami hanya melihat dari jauh teratak BOH yang nun di atas sana..walaupun ada je pelawat yang naik walaupun hujan..takpe...dapat tengok dari jauh pun boleh.

Dari ladang kita ke Butterfly Garden..Ada pelbagai spesis rama-rama yang sangat cantik dan jinak. terdapat juga serangga lain yang sangat besar. Bunga - bunga juga besar-besar belaka hehehehe...Untuk masuk ke sini dikenakan bayaran iaitu RM4 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.

Ada seekor rama-rama telah hinggap di topi Harith...kelakar Harith tak perasan..sempat juga Abah snap gambar sebelum rama-rama terbang.

Rama-rama yang jinak :)
Kemudian kami singgah di Taman Lebah. Kat sini tak ada apa sangat yang boleh dilihat. Kawasan sarang sedang diubahsuai dan dibaikpulih. Kesian Adam dan Harith....sempat ambil gambar dengan kartun dan makan madu je...

Destinasi terakhir ialah Lavender Garden. Kakcik dan Wani ada pesan supaya singgah kat Lavender Garden tu. Disebabkan Adam dah lena diulit intan, maka Mama dan Harith je la yang masuk. Rasa tak seronok pulak tinggalkan Abah dan Adam.
RM5 dikenakan untuk dewasa. Harith tak perlu sebab masih di bawah umur heheheh....melangkah masuk melepasi kaunter tiket...mata Mama memang tak berkelip lagi dah...

Terpegun melihat bunga yang sangat banyak...sangat cantik...berwarna-warni...Kalau la Abah dan Adam masuk sekali mesti best...boleh la ambilkan gambar hehehee...inipun Mama pejam mata je mintak tolong adik-adik daripada mana ntah tolong ambilkan gambar. Memang tak malu dah...kalau tak memang tak bergambar la...

Macam kat oversea kan
Di bahagian atas ada jugak bunga...cafe...lagi cantik....wahhhh best sangat...mcm filem hindi banyak bunga. So kepada sesiapa yang baru pertama kasl

Cameron Highland....Kami Datang !!!

28 Mei 2014

Assalamualaikum ....

Yeaayyyy....Cuti Persekolahan Semester Pertama bermula. Kali ni cuti sekolah mula lebih awal. Hari Rabu 28 Mei 2014 hingga 15 jun 2014. Lamakan....hampir 3 minggu !!!


So apa lagi....3 hari sebelum cutiMama dah booking bilik nun di atas Banjaran Titiwangsa...kat mana tu???...Surprise untuk Adam n Harith...Cameron Highland laaaa.... Hari pertama cuti kita dah mulakan perjalanan hehehehehe....xboleh tunggu-tunggu lagi dah...



Tengok tu muka sorang-sorang...bukan main seronok lagi hehhehhee...


Perjalanan ke Cameron Highland mengambil masa lebih kurang 4 jam. Sebabnya Abah dan Mama putuskan untuk naik ke atas melalui Simpang Pulai..jalannya lebih lebar dan tidak terlalu berbengkang bengkok...kalau tak ada jugak yang ter UUWEEKKKkkkk hehehhhee...

Dari Simpang Pulai ...kita perlu melalui jalan berbukit-bukit serta bersimpang siur. Ok lagi la daripada jalan Tapah kan. Kita akan melalui beberapa pekan kecil sebelum sampai ke Cameron Highland. Lebih kurang 1jam setengah jugak la baru sampai.....

Tadaaaa.....kami menginap di Copthorne Hotel...terletak di puncak Cameron Highland. Tempat yang sangat tenang dan pemandangan yang cantik. rasa macam kt oversea la pulak heheheee....Nasib la Adam n Harith dah berlengan panjang. Keluar dari kereta je dh mula terasa suhu yang sangat sejuk. Baru pukul 5 petang...macamana la kalau dah malam ye ...

Terus check in ...penyambut tetamu sangat ramah dan sedia membantu...senyuman tak lekang dibibir gitu...memang boleh bagi 10 markah penuh la untuk layanan diorang ni. Dapat je kunci terus hantar barang ke bilik sebabnya nak keluar lagi kan...bilik kami di tingkat 6..ops jangan tak tahu ada indoor swimming pool jugak tau.

Jom tengok kawasan sekitar hotel ni....memang BEST lah !!!

Ini bahagian hadapan hotel...cantik sangat...banyak betul bunga :)


Ini lobby hotel...ada disediakan indoor games lagi 

Ini la dia persinggahan kami untuk dua hari satu malam ni...selesa dan bersih
 Dapat je peta daripada receptionist, kami pun mulakan operasi menyelongkar kawasan Cameron Highland ni...jumpa la pekan Brinchang...Tanah Rata...terus jumpa Kawasan Teh Bharat. Malangnya cafe dan kedai cenderahati dh mula nk tutup. Mungkin dah lewat dalam pukul 6:15 petang. Tapi alhamdulillah kami sempat juga ke ladang teh...bergambar di celah-celah pokok teh yang merimbun tu.

Ahhaa...Adam...Harith...ini la daun teh :)
Dari ladang teh, kami naik semula terus ke Pasar Malam Brinchang. terletak betul-betul di pekan Brinchang. Keadaan yang agak sesak sebab pasar malam yang besar dan terletak di kiri dan kanan jalan. 

Jadi, kepada kawan-kawan yang baru berkira-kira nak pilih hotel mana, dinasihatkan elakkan kawasan Brinchang ni ye. Pilih hotel jauh sikit xpe...sebabnya antara satu tempat ke satu tempat tu dekat je...tak jauh pun.

Apa yang ada kat Pasar Malam ni ???...macam-macam....daripada barang basah...makanan siap masak...cenderahati...semua ada. Tapi kena la bijak memilih. Bukan semua dijual pada harga yang murah. Yang penting dalam keadaan yang sejuk tu kami dapat makan bihun sup dan char kue teow panas-panas yang sangat sedap. Jangan tak singgah tau :)


Mmmmm...sedapnye bihun sup utara dan Char Kue Teow tu...



Adam ada belikan cenderahati untuk kawan-kawan sekolah katanya...xpe la Adam...bagus tu ada ingatan untuk kawan-kawan..Kami pun tak beli apa sangat. Terus balik ke hotel sebab dah letih berjalan. Esok sambung lagi yer.....




Rekreasi Air @ Titiwangsa

Assalamualaikum...


Satu tempat yang wajib cuba di Taman Tasik Titiwangsa ialah Sukan Rekreasi Air. Ada macam-macam sukan air di sini. Kadar bayaran semua sama iaitu RM3 untuk setengah jam.

Di sini Mama senaraikan antara sukan air yang ada di Taman Tasik Titiwangsa ni::

Sampan (2 dewasa)
Kenu (2 dewasa)
Pedal Boats
(2 dewasa + 2 kanak-kanak)
Surfbike (1 tempat duduk)
Surfbike (2 tempat duduk)

Hari ni Adam dan Harith cuba Pedal Boat...Adam kayuh dengan Abah...Mama dan Harith relax kat belakang hehehhee.....Seronok sangat...berada di tengah-tengah tasik..dikelilingi air...angin sepoi-sepoi...memang sangat tenang. 

Kalau tengah stress tu elok jugak datang sini. tapi jangan la p terjun pulak kan...no..no...no...Kalau yang suka berkarya tu bolehlah dapat idea menulis ....ewah....berapa lama nak duduk kat tengah tu sampai habis mengarang kan hehehehhee...

Kalau ada kelapangan...cuaca pun sesuai...nak la naik lagi...JOM LAAA...




Horse Riding @ Taman Tasik Titiwangsa

Assalamualaikum....

Harini nak bercerita tentang aktiviti berkuda di Taman Tasik Titiwangsa. Sebenarnya, sudah menjadi kebiasaan bagi kami sekeluarga berriadhah setiap hujung minggu. Adam dan Harith akan berbasikal di sekitar tasik sambil Mama dan Abah jogging. 

Kebetulan teringat ada satu tempat berkuda di sini. Terus Mama ajak abah bawa Adam dan Harith datang sini. Nama sebenar tempat ni ialah Unit Rekreasi Berkuda Taman Tasik Titiwangsa.

Sedikit info berkaitan unit berkuda DBKL ni....

Menyedari terapi berkuda mampu membantu golongan Orang Kurang Upaya 
(OKU) mengaktifkan tubuh, fikiran dan merangsang semangat mereka, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil inisiatif membuka Pusat Menunggang Kuda untuk golongan itu.


    


Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata pusat yang terletak di Unit Rekreasi Berkuda Tasik Titiwangsa itu dijayakan dengan kerjasama Persatuan Menunggang Bagi Orang Kurang Upaya Malaysia (RDA) sekali gus menjadikan ia pusat kesembilan seumpanya, di negara ini.



Jom tengok apa yang ada di sini..

  • Menunggang Kuda 
Dewasa : RM1.50 /1 pusingan
Kanak-kanak : RM1.00 /1 pusingan







Seronok Adam dan Harith dapat menunggang kuda...walaupun sekejap. Kalau nak naik lagi bayar je la kan hehehheheeh

  • Menaiki Kereta Kuda
Dewasa : RM1.00 /1 pusingan
Kanak-kanak : RM0.50/1 pusingan




Kita boleh menaiki kereta kuda dan dibawa mengelilingi kawasan unit rekreasi tersebut. tempohnya lebih kurang 5 minit je la...tapi berbaloi la dengan kadar yang dikenakan.