Saturday, June 14, 2014

Cameron Highland....Kami Di Sini !!!

29 Mei 2014

Assalamualaikum...



Diambil dari jendela 616, Copthorne Hotel Cameron Highland

Dapat menikmati matahari terbit dari puncak gunung memang sangat indah..Subhanallah..terpaku di jendela seketika...

Awal pulak Adam dan Harith bangun pagi ni...dah fully recharge ke ni...terus turun breakfast. Pilihan makanan sangat banyak dan sedap. Tapi Adam dan Harith macam biasa la...makan sikit je...semangat nak berjalan yang lebih hehehehe....

Jalan-jalan sedut udara pagi
Selesai sarapan, Adam,Harith, Mama dan Abah berjalan kaki ke kebun strawberi dan Kea Farm. Sambil menghirup udara gunung yang segar. Langsung tak berpeluh hehehe.... Keluar dari hotel, kami ke Raju's Strawberry Farm. Terletak sedikit di atas bukit. Tak la tinggi sangat. Tapi agak mengah bagi yang jarang exercise macam Mama hehehehhe...

Di Raju's Strawberry Farm, kita boleh pilih samada untuk petik sendiri buah strawberi tu dengan harga RM30 untuk setengah kilo....ataupun beli je strawberi yang baru dipetik dengan harga RM 15 untuk jumlah yang sama.

Nyummm...nyummmm....segar...manis...juicy...

MMmmmmmm....mula-mula memang teringin nak petik sendiri...tapi bila tambah tolak darab bahagi...tak jadi la. Baik beli je yg dah siap petik. Kalau nak masuk kebun boleh je cuma tak boleh la petik sendiri hehehehe....selain buah strawberi yang fresh ni...ada juga produk lain berasaskan strawberi...seperti kek ...jus...jem...jeruk manisan...Harith pun cuba minuman coklat strawberi...sedap...nanti kalau datang ke sini jangan lupa try ye:)




Dari kebun strawberi kami ke Kea Farm. Lokasi yang memang wajib dikunjungi. Tak jauh pun. Turun dari bukit tu terus jumpa. Menjual pelbagai barangan seperti sayuran...buah-buahan...bunga-bungaan..pokok kaktus...cenderahati...semua pada harga yang sangat...sangat...SANGAT MURAH....so sesiapa yang nak membeli belah tu beli je kat sini...memang berbaloi..

Kea Farm 
Jangan tak percaya...semua sayuran tu cuma RM10 je...owwhhhh nikmatnya rasa...seminggu makan sayur je hehehehe....Madu tu pula memang diambil dari sarang lebah. Uncle tu potong sendiri tau dari sarang tu. Harap madu asli la kan. Adam dan Harith dah excited nak ke Bee Farm...katanya nak tengok lebah...Ok nanti kita singgah yee....

Kaktus pun ada...so kalau yang tak sempat nak beli di Cactus Valley tu ...jangan susah hati...beli je kat sini. 7 bekas kaktus tu RM10. Tapi Mama beli adik beradik kaktus je heheheh...4 bekas RM10 jugak. Balik terus tanam. Cara nak jaga pun tak serumit kaktus...macam tanam pokok biasa je. aunty ni cakap ratio tanah dengan sabut 3:1...sabut penting sebab boleh mengekalkan kelembapan...mmm nak lagi senang beli je tanah yg dh siap campur hehehehe....
Hasil tangkapan di Kea Farm hehehehe...
Ops..cerita bab bunga tu...ada la diorang jual bunga hidup...so kita yang memang pencinta bunga ni memang dok usha yang tu je la...bayangkan 5kuntum bunga ros pun RM10. Bunga ni dikatakan telah diawet. Tidak perlu air dan kekal seperti asal selama 2 tahun!!!

Biar betul nih...nak tahu betul ke tak Mama beli jugak la sejambak..RM10 je kan....Malangnya bukan dua hari...dua minggu dah mula layu kikikikiiii...nasib tak borong banyak.
Mama syok dapat beli bunga...
 Selesai membeli-belah kami pun pulang ke hotel untuk berkemas dan check-out. Adam dan Harith seronok main belon buih diorang....nanti nak balik main dengan BONG...katanya la kan hehhehehe

Tepat jam 12.15 kami serah kunci teruskan misi ke Ladang Teh BOH...ingatkan dekat je...15km dari jalan besar....bila dah masuk bukan la jauh sangat sebenarnya...tapi jalan yang sempit tu menyebabkan pergerakan perlahan..memang berselisih la kereta...di sini perlunya tolak ansur...Kalau dah nampak kereta di hadapan sila la beri laluan yer..
Inilah ialah rumah pekerja dan lori yang membawa bakul daun teh
Ladang BOH ni lagi besar daripada BHARAT...permandangannya yang cantik...saujana mata memandang..kebetulan ada pekerja ladang sedang petik daun teh. Tapi keadaan hujan rintik-rintik menyebabkan kami hanya melihat dari jauh teratak BOH yang nun di atas sana..walaupun ada je pelawat yang naik walaupun hujan..takpe...dapat tengok dari jauh pun boleh.

Dari ladang kita ke Butterfly Garden..Ada pelbagai spesis rama-rama yang sangat cantik dan jinak. terdapat juga serangga lain yang sangat besar. Bunga - bunga juga besar-besar belaka hehehehe...Untuk masuk ke sini dikenakan bayaran iaitu RM4 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.

Ada seekor rama-rama telah hinggap di topi Harith...kelakar Harith tak perasan..sempat juga Abah snap gambar sebelum rama-rama terbang.

Rama-rama yang jinak :)
Kemudian kami singgah di Taman Lebah. Kat sini tak ada apa sangat yang boleh dilihat. Kawasan sarang sedang diubahsuai dan dibaikpulih. Kesian Adam dan Harith....sempat ambil gambar dengan kartun dan makan madu je...

Destinasi terakhir ialah Lavender Garden. Kakcik dan Wani ada pesan supaya singgah kat Lavender Garden tu. Disebabkan Adam dah lena diulit intan, maka Mama dan Harith je la yang masuk. Rasa tak seronok pulak tinggalkan Abah dan Adam.
RM5 dikenakan untuk dewasa. Harith tak perlu sebab masih di bawah umur heheheh....melangkah masuk melepasi kaunter tiket...mata Mama memang tak berkelip lagi dah...

Terpegun melihat bunga yang sangat banyak...sangat cantik...berwarna-warni...Kalau la Abah dan Adam masuk sekali mesti best...boleh la ambilkan gambar hehehee...inipun Mama pejam mata je mintak tolong adik-adik daripada mana ntah tolong ambilkan gambar. Memang tak malu dah...kalau tak memang tak bergambar la...

Macam kat oversea kan
Di bahagian atas ada jugak bunga...cafe...lagi cantik....wahhhh best sangat...mcm filem hindi banyak bunga. So kepada sesiapa yang baru pertama kasl

No comments:

Post a Comment