Friday, December 13, 2013

1st time trip to UTC,KL @ Pudu Sentral

:: 25 November 2013 ::

Hari ini Mama bawa Adam n Harith keluar...kitorang nk ke UTC Pudu. Sebab apa??...nak buat pasport la. Hajat hati nak drive je. Bila tengok trafik macam slow je terus tukar plan. Mama bawa Adam n Harith naik LRT !!! Yeaaayyyy.... 
                                                      
 Harith la seronok sangat...almaklum la kali pertama naik LRT. Adam ni dah kali ketiga kot.Masa mula-mula dulu Yim yang bawak. Kelakar sangat. Sebabnya naik kat stesen Ampang turun kat Cahaya dah patah balik hehheheeee...kejap je.
   Okey lah.. Sedikit maklumat berkaitan UTC...UTC ni sebenarnya akronim bagi Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Center). Ia merupakan inisiatif kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan dan   prasarana yang sangat selesa dalam satu pusat sehenti @ onestop center. Ada macam-macam kemudahan seperti Kedai Rakyat, Kedai kain, kedai buku dan Jabatan Imigresen.
                                    
Dulunya Puduraya hanyalah terminal bas untuk ke Utara dan Selatan tanahair. Dengan wujudnya UTC ini, Puduraya telah dinaiktaraf menjadi lebih selesa untuk kegunaan masyarakat kota. Susunatur yang lebih kemas memberi imej positif terutama kepada para pelancong.


Ok la kan cerita sikit je....nak tahu lagi...sila la buat lawatan la yer...
Dengan menggunakan LRT kita hanya mengambil masa selama 20 minit sahaja untuk sampai ke UTC....mmm...sangat menjimatkan masa,tenaga dan minyak kereta yang memang dah naik sekarang ni...PEACE !!



 




No comments:

Post a Comment