Friday, July 18, 2014

KESAN ROKOK KEPADA PEROKO DAN RISIKO KEPADA ORANG SEKELILING

Assalamualaikum...

Hari ni mama teruja nk bercerita tentang rokok...betapa bahayanya rokok ni kepada orang sekeliling...terutamanya mereka yang tersayang :: ISTERI & ANAK-ANAK YANG TIDAK BERDOSA.



TAHUKAH KITA...
Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima

Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas. 

Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan. 

Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya. 

Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing. 

Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.

Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :

- Melahirkan bayi yang kurang berat badan 

- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan 
- Lebih terdedah kepada kanser 
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal 

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
- Lebih mudah mendapat lelah 
- Mendapat jangkitan paru-paru 
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu 
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak

Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok
Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.

Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

Faedah Berhenti Merokok
- Hidup lebih lama 
- Dapat menghindari racun 
- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok 
- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak 
- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat 
- Meningkatkan deria rasa dan bau 
- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.

Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok
- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok 
- Yakinkan diri 
- Buat nota peringatan 
- Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok" 
- Tumpukan pada hari ini 
- Sentiasa berfikiran positif 
- Dapatkan sokongan 
- Lawan keinginan untuk merokok 
- Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai
- Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok

Mungkin ada yang kata susahnya nak ikut kesemua tips di atas...ada satu lagi cara mudah Untuk berhenti merokok....

Ini dia tonik yang memang berkesan Untuk menghentikan tabiat merokok ni..tanya dengan satu sudu kecil sekali setiap pagi..boleh membuatkn anda tersenyum bahagia...

Berminat???

Boleh call atau whatsapp terus...jangan tunggu lama2...

Nurhadana Abu Seman
019.353.9010


Sumber
- Pusat Racun Negara, USM Official Website
- Kementerian Kesihatan Malaysia Official Website
- Institut Kefahaman Islam Malaysia Official Website – IKIM Dalam Media – Berita Harian
- Sabahan.net

No comments:

Post a Comment