Sunday, March 23, 2014

Si Baldu Merah

Birthday Adam Haziq,,.... 

Mama bukannya pandai dalam bidang membaking ni....buat seronok2...untuk bagi anak-anak dan keluarga makan hasil tangan Mama..

Selalu dengar orang sebut kek baldu merah...teringin jugak nak tau apa rasanya sampaikan meniti di bibir-bibir semua orang...apa rahsianya...bagaimana rupanya..


Percubaan pertama ialah masa Hari Lahir Suami Tersayang pada 20 Oktober..ooo...macam ni rupanya....ok lah kan...ada jugak rupa baldu tu...hiasan pun ikut suka hati Mama je....memang betul-betul surprise sebab suami memang tak sangka Mama boleh buat kek ni..balik lepas keje...celebrate di tengah malam..terpaksa la mkn kek tengah malam yer hehehehehe...




1st try...untuk birthday Tersayang .
Kali kedua Mama buat ialah semasa Hari Lahir Adam Haziq... Adam request nak kek Ultraman....mmm...macamana la nak decorate rupa ultraman ni...sekali lagi si baldu menjadi pilihan...kali ni memang betul-betul ikut resepi..setiap sukatan...timbangan ...memang tepat...alhamdulillah hasilnya memang best....seronok sangat...ada pulak dua ekor ultraman kat situ ngan 3 ekor anak hehhehe...


Cupcakes untuk konvo Yim

Kali ketiga Mama buat untuk meraikan Majlis Konvokesyen Yim...saja suka-suka buat untuk kawan-kawan Yim..berapa adunan tak ingat...tp sampai boleh bagi kt member sekolah yang tengah buat keje yang pernah selesai tu hehehehhehe...memang banyak la kan...alhamdulillah sambil release stress...sambil menggembirakan orang lain...

Ok ..di sini Mama titipkan resepi yang digunakan untuk membuat kek Baldu Merah ni...


EASY MOIST RED VELVET CAKE

360 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonate
1 sudu teh garam
2 sudu besar serbuk koko
400 gm gula halus
1 cawan minyak jagung
2 biji telur A
1 cawan buttermilk
2 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar pewarna merah ~ ini bergantung pada pewarna yang digunakan
1 sudu teh cuka masakan
1/2 cawan air kopi / Nescafe panas ~ mesti letak untuk dapatkan kek yang lembab

Panaskan oven pada suhu 170C ~ 180C bergantung pada kepanasan oven
Sediakan 2 loyang berukuran 8 inc, sapukan mentega dan letakkan lapik kek ~ ketepikan

Dalam bekas, satukan dan ayak tepung, baking powder, soda , serbuk koko dan garam ~ ketepikan
Dalam bekas yang besar, satukan gula dan minyak
tambahkan telur, buttermilk, esen vanilla dan pewarna, gaul rata dengan whisk atau spatula
Tambahkan air kopi panas dan cuka masakan
Tambahkan bahan tepung yang di ayak sedikit-sedikit dan gaul adunan rata
Tuang adunan sama banyak dalam 2 loyang
Bakar dalam ketuhar selama 40 minit atau sehingga kek benar masak
cucuk ditengah kek dengan lidi untuk menentukan kek telah masak. Jika lidi keluar bersih dan licin, ini bermakna kek telah dibakar sempurna, jika tidak tambahkan lagi masa membakar.

Sejukkan kek atas redai setelah masak
Potong atas kek yang keras. 

Selamat Mencuba :)

No comments:

Post a Comment