Friday, January 17, 2014

Gaya Pemakanan Kanak-kanak

Assalamualaikum....





Anak-anak adalah anugerah terindah yang perlu dijaga, dididik sebaik mungkin bagi menghasilkan generasi yang dapat memimpin negara. Corak pemakanan memainkan peranan yang penting supaya mereka dapat membesar dengan sempurna.

Di sini disenaraikan 5 perkara penting dalam menentukan makanan yang diambil adalah yang terbaik.

  •     Khasiat pemakanan daripada sumber semula jadi

Ibubapa perlu bijak menentukan makanan yang patut dihidangkan buat anak-anak. Memberi anak makanan pelbagai jenis dalam satu-satu masa mampu membekalkan kalori, lemak, vitamin dan mineral untuk tumbesaran anak seterusnya memastikannya sentiasa sihat. Kanak-kanak memerlukan kalsium yang tinggi iaitu kira-kira 800mg sehari. Oleh yang demikian, mereka perlu makan makanan yang kaya kalsium seperti susu, keju dan dadih. Buah-buahan dan sayur-sayuran pula membekalkan vitamin A dan C. 

  •    Jangan sekat anak makan

Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan sumber makanan yang pelbagai. kanak-kanak perlukan 30% kalorinya daripada lemak. 
Kebanyakan garis panduan keperluan khasiat pemakanan kanak-kanak bagi yang berusia di antara 1 hingga 3 tahun, mencadangkan agar mereka mengambil di antara 1000 hingga 1300 kalori setiap hari. Pakar pemakanan juga menyarankan agar kanak-kanak mendapat 16gm atau lebih protein setiap hari. Walau bagaimanapun, keperluan ini boleh berubah sekiranya anak anda terlalu kurus atau terlebih berat badan.
                                                         
  •     Pentingnya vitamin

Bagi memastikan perkembangan serta tumbesaran anak berada pada tahap normal, anda perlu peka tentang vitamin dan mineral yang diambilnya. Pakar pemakanan mencadangkan kanak-kanak mengambil 40mg vitamin C, 400mikrogram vitamin A, 10mg zat besi, 10mg zink dan 50 mikrogram folat setiap hari.
                                             
  •  Tambah saiz hidangan

Kuantiti atau jumlah makanan yang diambil oleh kanak-kanak perlu mengikut keperluan tubuh badan mereka. Membiarkan mereka makan mengikut selera adalah satu tabiat yang tidak baik. selagi keperluan badan mencukupi dan pertumbuhan fizikal masih di tahap yang ditetapkan, ibubapa sepatutnya tidak perlu risau. 
  •     Bahaya kurang khasiat pemakanan

Sekiranya anak anda tidak dapat memenuhi keperluan nutrisi hariannya, dia mungkin berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan. Kanak-kanak boleh mendapat anemia sekiranya zat besi yang diambilnya tidak cukup. Kanak-kanak yang menghidapi anemia mudah rasa letih dan pucat. Selain itu, jika seseorang kanak-kanak itu kekurangan zink, deria akan terganggu. Akibatnya, mereka hilang selera makan. Sekiranya anak anda tidak makan dengan betul, perkembangan dan tumbesaran mereka turut terjejas. 


Hadana (SID 1093893)
Sms / Whatsapp @ 0193539010

No comments:

Post a Comment